Monday, 31 October 2011

Mmmmmmm......so delicious ......

Kali ini Anan nak cerita tentang masakan yang paling Anan gemari iaitu Sotong Goreng Kunyit.Malam ini Anan tolong Ummi masak kat dapur.Lauk tomyam putih dan sotong goreng kunyit.Ingatkan nak letak gambar mangkuk tapi ade problem sikit tu yang x letak tu....dia x boleh nak bukak file x tahu kenape...Jom layan resepi ni japppppp...

   Bahan-bahan:
   6 ekor sotong saiz sederhana-dipotong
   3 ulas bawang merah kecik     }
   2 ulas bawang putih                }
   10 cm halia                             }kisar
   1 cm kunyit                             }
   1 batang serai -dititik 
   3 cili padi-diketuk
   1 cili merah &cili hijau
   1/4 bawang Holland-dihiris
   1/2 sudu teh sos tiram

   Cara-cara:
  1. Tumis bahan kisar,serai dan cili padi hingga wangi.
  2. Masukkan sos tiram dan gaul rata.
  3. Masukkan sedikit air hingga didih.
  4. Masukkan sotong,bawang besar,cili merah dan cili hijau.
  5. Gaul rata kemudian,padamkan api.
 

No comments:

Post a Comment