Monday, 31 October 2011

Mmmmmmm......so delicious ......

Kali ini Anan nak cerita tentang masakan yang paling Anan gemari iaitu Sotong Goreng Kunyit.Malam ini Anan tolong Ummi masak kat dapur.Lauk tomyam putih dan sotong goreng kunyit.Ingatkan nak letak gambar mangkuk tapi ade problem sikit tu yang x letak tu....dia x boleh nak bukak file x tahu kenape...Jom layan resepi ni japppppp...

   Bahan-bahan:
   6 ekor sotong saiz sederhana-dipotong
   3 ulas bawang merah kecik     }
   2 ulas bawang putih                }
   10 cm halia                             }kisar
   1 cm kunyit                             }
   1 batang serai -dititik 
   3 cili padi-diketuk
   1 cili merah &cili hijau
   1/4 bawang Holland-dihiris
   1/2 sudu teh sos tiram

   Cara-cara:
  1. Tumis bahan kisar,serai dan cili padi hingga wangi.
  2. Masukkan sos tiram dan gaul rata.
  3. Masukkan sedikit air hingga didih.
  4. Masukkan sotong,bawang besar,cili merah dan cili hijau.
  5. Gaul rata kemudian,padamkan api.
 

Sunday, 30 October 2011

Wahhhh!!! Sedapnyer udang....

Entri hari ini Anan nak kongsi tentang masakan yang paling mudah dan sedap sehingga menjilat jari..
Buncis udang masak santan.

   Bahan-bahan:
   1 bawang besar-hiris
   2 bawang putih-hiris
   5 cili hijau- hiris
   1 cili merah-hiris
   sedikit belacan-beli kt kampung,perlis
   secawan udang
   20 batang kacang buncis -potong serong
   secekak suhun-rendan,kerat pendek
   1 cawan santan

   Cara-cara:
  1. Tumis bahan-bahan yang dihiris.
  2. Kemudian,masukkan kacang buncis yg dipotong serong.
  3. Masukkan udang dan kacau.
  4. Masukkan santan,belacan dan sedikit garam.Pastikan selalu kacau.
  5. Masukkan suhun.Gaul rata dan tutup api.

     p/s:sorrylah... x sempat ambik gambar masakannya dah habisss...memang sedap hingga jilat jari tp x de lah sampai jilat mangkuk..tu perangai x sopan.

Pelancaran Blog Anan

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah Anan dapat memulakan blog ini.Terima kasih kepada Abah,Ummi,dan adik-beradik yang sentiasa memberi sokongan.Blog ini adalah khas untuk family Anan...